WELCOME TO SHUE BEAUTY

WhatsApp +6010-558 7895 / +6017-791 7895

BACK TO MAIN MENU

INFO RINGKAS TENTANG SHUE BEAUTY

Susu Glam

NAK CEPAT DAPATKAN KULIT CANTIK KENA MINUM AIR KOSONG DAN TAHU CARANYA 🍶
.
Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna…
.
Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan.
.
Bermanfaat? Jom share!

#Shue Beauty

PENTINGNNYA AIR UNTUK KEBERKESANAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT HARIAN KITA. .

🥛 💦 Air - Berapa kuantiti air untuk badan?
💦 Air Kosong Untuk Tubuh

Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.

Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.

Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:

25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.

#infosihat
#airkosong

Susu Glam

Susu Glam

iNFO KOPi

Kopi termasuk minuman yang digemari oleh lelaki dan wanita. Minuman yang kononnya boleh mengurangkan rasa mengantuk ini sangat umum di masyarakat Malaysia termasuklah pelajar.

Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Artikel kali ini infopelajar2u akan kongsikan 10 khasiat kopi untuk kesihatan semua.

Kebaikan Dan Khasiat Kopi
Penggemar kopi, maka anda pasti akan suka dengan senarai di bawah.

1. Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak
Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka.

Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, yang sekarang sudah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia.

Selepas anda meminum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak.

Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat – membawa kepada peningkatan neuron.

Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.

2. Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak
Adakah anda tahu bahawa kafein yang terdapat di dalam kopi sudah diaplikasikan di dalam kebanyak produk supplement ubat kurus (fat burner)?

Terdapat rahsia di sebalik itu. Kafein merupakan salah satu bahan yang mempunyai bukti kukuh dalam membantu pembakaran lemak badan.

Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meingkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%

Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.

Walaupun begitu, kesan ini akan berkurangan bagi orang yang sudah terlalu kerap meminum kopi.

3. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal
Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.

Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.

Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.

Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.

4. Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik
Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:

Riboflavin (Vitamin B2)
Pantothenic Acid (Vitamin B5)
Manganese dan Potassium
Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2
Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis.

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!

Baca : Menguatkan Daya Ingatan Dengan Hanya Tidur Siang Selama 45 Minit ?

6. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia
Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini.

ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

7. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson
Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer.

ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak.

Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya.

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%

Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko.

8. Kopi Boleh Melindungi Hati (Bukan Cinta ya)
Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain.

Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

9. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira
Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.

Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya.

Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.

Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

10. Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser
Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan.

Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:

Kanser hati
Kanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%

Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.

AMARAN !!
Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos.
Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening.
Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.
Kesimpulan
Secara ringkas, khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua. Ada segelintir orang yang tidak menyukai kopi. Tidak mengapa, mereka mungkin lebih berminat kepada teh hijau.
Kopi sekarang pula sudah banyak pilihan. Anda boleh dapatkannya di pasar raya berdekatan. Elakkan 3-in-1, dan pilihlah serbuk kopi atau yang perlu dibrew sendiri.

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

Susu Glam

MANAGED SERVICES BY FADHLIN ISLAM IT SOLUTION